THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 12 January 2012

Sepultura Kairos Kuala Lumpur

Lagenda Thrash Metal Brazil iaitu Sepultura telah memetakan tour Asia 2012 mereka di Malaysia dan Indonesia. Konsert mereka dijadualkan bermula di Indonesia pada 3 Febuari di Medan, diikuti Makassar pada 4 Febuari kemudian barulah mereka beraksi di Kuala Lumpur pada 7 Febuari dan selepas beraksi di Kuala Lumpur mereka terus ke Jakarta melaksanakan baki tour mereka pada 9 Febuari, diikuti Surabaya pada 11 Febuari dan diakhiri di Bali pada 12 Febuari.

Menurut penaja mereka iaitu Horizon Sony, “Sepultura akan tinggal lebih lama di Indonesia kerana mereka telah membatalkan tour mereka di Thailand dan Singapura.” Menurut sumber, Horizon Sony telah menjalinkan kerjasama dengan penganjur Malaysia iaitu Netzah Production untuk membawa Sepultura beraksi di Malaysia. Persembahan Sepultura turut menampilkan gadingan pertama bersama pemain drum baru mereka Eloy Casagrande. Selain itu, tour mereka lebih kepada promosi album ke 12 mereka iaitu Kairos yang telah dikeluarkan oleh Nuclear Blast Record pada Julai 2011.

0 comments: